ABC

Thursday, November 3, 2011

Di Hening subuh

selamat pagi semua....semoga hari ini lebih baik daripada hari sebelum ini....too long i'm not updated this blog.....maaf menggunakan bahasa rojak....selamat menunaikan solat subuh kepada semua umat ISLAM....bangunlah wahai umat-umat islam..sesungguhnya solat itu lebih baik daripada Tidur.....semoga hari ini lebih baik daripada hari sebelum ini....HOPE TOO....persoalan yang bermain diMINDA pada pagi ini.....perasaan gelisah menanti perkara yang belum tiba....i don't know why i'm always like this..if i'm waiting for one thing...pasti gelisah....padahal perkara tersebut tidak perlu difikirkan....how can i remove that feeling....sungguh pelik rasanye diri ini...dalam perasaan gelisah ada juga rasa gembira sebab hari ini boleh balik kg bersama kakak dan abg2..semoga slmt sampai ke destinasi yg dituju....excited jugak nk balik kg..nk tgok ada buah yg baru...hhehehehhe....so...LA TAHZAN ....x perlukita bersedih untuk perkara yg belum pasti dan tindakan org lain terhadap kita...sedihlah jika iman kita lemah dan jika kita jauh berada dengan ALLAH....kebahagian di dunia ini hanyalah sementara...yang kekal adalah di AKHIRAT sana....wasalam...

Saturday, October 29, 2011

To my beloved friends

Ramai yang menganggap bahawa seorang individu yang memilih kawan adalah tergolong dari golongan yang cerewet dan ‘perasan bagus’, malah ada yang mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan.

Namun hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya untuk memilih di dalam menjalin persahabatan.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1.
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Justeru itu, dalam memilih sahabat kita hendaklah bersikap memilih yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sebagai umat Islam di zaman moden dan serba maju ini, sewajarnya kita berhati-hati dalam memilih rakan kerana persahabatan itu mampu mempengaruhi kehidupan sama ada membawa kebaikan atau hanya bakal mendatangkan kerosakan kepada kita.

Sesungguhnya Islam memberiahu bahawa rakan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat, manakala rawan yang tidak baik pula hanya membantutkan usaha kita ke arah itu

Monday, August 22, 2011

The Beautiful of words....

"Without a lot of money"
"they don't generate a lot of interest"

" A band is the place where they"
"lend you an umbrella in fair"
"weather and ask for it back"
"when it begins to rain"

" Too many people buy things"
"they don't need"
"with money they don't have"
"trying to impress"
"people they don't even like"

" Life is like hourglass"
"eventually, everything hits the bottom"
" and all you have to do is wait it out"
"until someone comes along and turn it around"

" Husband and wife are like"
"a pair of scissors"
" joint together"
"often moving in opposite directions "
" Yet punishing whoever come"
" between them"



To My BeLoVed OnE

As long as we have memories, yesterday remains.

As long as we have hope, tomorrow awaits.

As long as we have friendship, each day is never a waste.....

Thank you for being my wonderful friends...

"Wisdom is a healed pain.
" Belajarlah menerima kenyataan dan ubatilah luka itu dengan ikhlas..."Terimakasih lukaku...kamu menyebabkan hidupku tidak aman tapi terimakasih kerana kamu mengajar aku beberapa kebaikan dalam hidup ini..."

Sunday, August 21, 2011

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w.

Tidak perlu ada kesangsian tentang ujudnya Lailatul Qadar kerana firman Allah di dalam surah Al-Qdar yang maksudnya:“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Diriwayatkan oleh Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut tentang 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Lalu Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah anugerah Allah ini adalah lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan dan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya: Maksudnya:“Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan berbanding dengan masa yang lain.”

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Friday, July 22, 2011

KeredhaanMu Lyrics

by In Team

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Sunday, July 10, 2011

layar keinsafan....


Dalam kita melangkah…..

Terkadang kita diuji dengan ujian,

Yang terasa berat nya

hingga membuatkan kita rasa berputus asa

dan menangis..peritnya terasa,

tapi ketahuilah dan renungilah kembali dalam

Diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana

Dia mahu kita jahit kembali sejadah iman

Yang kian koyak lantaran ada langkah-langkah

yang tersasar daripada keikhlasan ..

Bersama memunasabah diri…



Sunday, May 29, 2011

Bercinta Selepas Kawin

pernahkah anda semua terfikir yg bercinta selepas kawin tu bagus daripada bercinta sebelum kawin.....hahah..bagi sy topik nie amat menarik untuk di bincangkan...rata2 ramai yg x setuju bercinta selepas kawin..diri ini sendiri pon x tau bagaimana rasenya bercinta selepas kawin rasenya..tapi sy amat kurang suka orang yg bercinta bagai nak rakkkk..balik2 x kawin pon...kawin dgan orang lain..tulah yg dinamakan Jodoh ketentuan ALLAH..kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg akan menentukan..berbalik semula kepada topik bercinta selepas kawin..bagi sy..mase tu lah kita kena berkenalan dgan lebih rapat...buat2 perkara yg romantik...hahha..jiwang lah plok...sebab sudah sah suami isteri..so xda haramnya..kalu sebelum kawin...berpeganagn tangan lah..konon romantik lah sgt..tiap2 mlm bagi ayat2 yg power kat awek..dah lah haram n belum tentu lagi jadi isteri....tapi sebelum kita kawin dgan sesorang tu, kenalah siasat dulu latar belakangnya.....xdalah berkenan trus kawin..tulah sebab adanya Merisik n Meminang...

kebaikan bercinta selepas kawin

(1) Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

(2) Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.

(3) Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.

(4) Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.

(5) Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.

Dalam memilih pasangan pula, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian, antaranya:

(1) Seseorang itu hendaklah memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan diidamkan menjadi kenyataan di alam rumah tangga.

Calon yang paling sesuai ialah yang taat beragama dan berakhlak mulia. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan lain-lain)

(2) Bagi keluarga perempuan, hendaklah menyegerakan perkahwinan anak gadis mereka apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak serta berkemampuan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa."

(3) Memilih pasangan daripada keturunan yang baik. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Jangan dekati tumbuhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Perempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan." (Hadis Riwayat ad-Daruqutni)

(4) Memilih pasangan bukan daripada kerabat terdekat bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan keturunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Janganlah menikah dengan kaum kerabat kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik."

Sabda Baginda lagi: "Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah mengahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat."

(5) Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara. Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit." (Hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

ku harap dapat mengikut tip2 di atas ni suatu hari nanti...

Thursday, May 26, 2011

Kelas 3 A

hari nie kena relief kelas 3A...kelas nie merupakan kelas yg terakhir form 3....sampai ke kelas dalam 10.42..exam mula pkol 10.45..masuk kelas ..hanya ada beberapa orang je dlm kelas tu..then..after 7 minutes..masuklah separuh lg...masa tu sy x tgu lah sape yg lmbt trus je mulakan exam...tapi budak2 kelas tu x mula2 pon..tapi yg bagus diorang x bising pon..sungguh pelik..sampailah sy bersuara...EXAM DAH BOLEH MULA>>KALU X FAHAM TANYA SY...begitu cepat budak2 tu angkat tgan dan bertanya bagaimana nk buat..serba salah juga nak tolong rase bersalah, x tolong lg bersalah..then, sy bagi lah guide line sket2 kat budak2 tuk jwb baru lah dia jwb...tapi sedang sy berjln2 melayan kerenah budak2 kelas tu yg mahukan pertanyaan, ada 2 pasang mata yg asyik memandang sy kemana saje arah yg sy pergi...dari awal lg sy perasan akn 2 pelajar perempuan nie...tapi sungguh sedih apabila melihat keadaan mereka berdua..kelihatan muka mereka berdua mcm kembar..tetapi, x sempat diri ini bertnya kerana sibuk melayan peljar2 lain yg x tahu cara bagaimana menyelesaikan masalah matematik yg amat rumit bagi mereka.....berbalik kepada 2 orng peljar perempuan td, sy begitu sedih tgok keadaan mereka berdua, pakaian x terurus..kasut koyak..sungguh sedih dan pilu..terasa diri ini untuk membantu mereka..kelas yg pertama sy masuk melihat pelajar dlm keadaan mcm tu...hanya ALLAH yg tahu bertapa pilunya hati ini melihat mereka berdua..yg mengejutkan lg..walaupon mereka asyik memandang sy..40 soalan objektif telahpon siap di buat...x sempat diri ini untuk bertanya kenapa jwb cepat sgt..x tahu ke, kalu x tahu tanyalah sy...sedang asyik berfikir pasal mereka, pelajr lain sibuk lg memanggil, CIKGU2 YG NI MACAM MANE...sampai gaduh2 berebut sy sorang nie..hehheh..sy x bagi mereka jawapn pon, sampai mereka ckp..nak jd cikgu camne, kalu x tahu nk buat..sebernnya sy tahu nk buat..tapi saje buat2 x tahu sebab soalan tu sukar tuk diterangkn kepada mereka...sy hanya suruh mereka jwb soalan yg mudah2 sahaja...lepas tamat 40 minit..cikgu lain ganti kelas tu..tapi masih teringt wajah2 2 org pelajar itu..sungguh sedih...sekian sahaja tuk hari ni.

Wednesday, May 25, 2011

our successful in this life it just temporary

if today we are success in our life..remember that, ALLAH just borrow that successful to ours..

examination week

minggu nie merupakan minggu exam bagi persekolah....so, i'm so happy because i will not teach student in class..but,,hhuhuhuu...ape yg digembirakn hanyalah sementara....masuk kelas tuk jaga exam...budak2 bising dan lansung x takut sy, budak2 bukan bising sisebabkan oleh xleh jawab exam..tapi menyanyi, kacau kawan dan buat lawak bodoh...sudah x larat diri ini untuk menengkin mereka...mereka lansung x takut..nie lah kelemahan guru praktikum..sebut je guru praktikum budak2 x takut..kalu sebelum nie sy amat tension bila amsuk kela form tu..tapi time exam nie masuk form 2 amat seronok kerana mereka takutkan sy..jerit sket je dah diam semua..lega rase hati nie...tapi form 1 budak2 kenal sy sebb sy mengjar kelas diorang...yg paling xleh terima apabila cikgu2 lain masuk ke kelas tu marah budak2...yg malu adalah sy...waaa..malulah walaupon cikgu2 dah tau perangai budak2 tu..sebab terlalu nampak kelemahan diri ini dalm menegdalalikan kelas tersebut...x tau dah nk wak camne lg..hope that, tomorrow i will do better to control that class...esok exam mathematics paper 1 n 2..hope they all can answer all the question.....

Thursday, May 19, 2011

bacalah

Hari-hari kulewati... tak putus-putusnya ku ku mencari dan memohon... tuk pertemulan aku dengan dia yang Kau untukkan bagiku Ya Allah teguhkan hati ini... Dalam Isthikoroh ku meminta ... Semoga yang terbaik kan kau beri..... Ya Allah Maha Pengasih.. lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMU… Allah yang Maha kekal, aku mengerti bahwa Engkau senantiasa memberikan yang terbaik untukku… penantian dan keraguan yang kualami, pasti ada hikmahnya. Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan…. Jadikanlah kehendakMU dan bukan kehendakku yang menjadi dalam setiap bagian hidupku…

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru

baru seminggu ak bergelar guru praktikum..esok merupakan hari guru....kali pertama ak menyambut hari guru bersama guru2 sekolah walaupon ak bukannya guru yg telah ditauliahkan..hehehh..acara esok...sukaneka guru...nyanyian guru praktium..heheh..lagu lagenda n lagu kenangan terindah..semoga ak dpt tinggalkan kenangan terindah di sekolah itu....ku juga berharap dpt mendidik anak2 bangsa pada masa akan hadapan..sekian...wasalam...selamat hari guru kepada semua guru SK Dendang, SMK jerangau, pensyarah Kolej Matrikulasi Johor dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.....

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Tuesday, May 10, 2011

Refleksi hari ke 2

hari nie hari kedua msuk sekolah...semagt tue ada lah sikit2 baru...kelas pertama masuk kol 11.20..masuk berzama cikgu kelas 1P...mase tu aku yg sampai dulu.....tapi aku masuk je kelas..budak2 mcm xda bagi respon sgt dengan kehadirn aku..siap keluar masuk lg..aku pon ckp lah yg aku akan duk belakang je sebab cikgu dia nak masuk mengajar..then, ak pon x buat2 ape2 lah..pastu dalam 5 minit lepas tu cikgu diorang dtg...ak pon pegi lah belakang..x sempat nk perkenalkan diri pon td..pastu cikgu tu yg perkenalkan aku...rase resah gak sebab x kenalkan diri dulu td..sebab ak takut cikgu tu masuk td..lgpon tu 1st time ak masuk kelas seumur hidupku sebagai seorang guru...so, ak tgok lah cikgu tu ngajar..bagus cikgu tue,.nampak je garang..tapi ok je dia ajar x garang sgt pon cuma dia tegas sikit sebab xnak bagi budak2 naik kepala...ape yg aku dpt dari cikgu tu..jgan trlalu lembut dgan student..byakkan bertanya student..ingt name student...tanya kalua da masalah sakit ke ape ke...tapi Pedagogi dia mmg bagus dan terancang...then habis 1 waktu...ak kena masuk kelas 2I plok..masuk je ak dah tgok budak berteraburan semua...kelas yg nie pon ak masuk bersama dgan guru GSTT..perempuan..baik orangnya..dari awal lg ak dah tau yg kelas tu kelas yg paling teruk kat sekolah tu..ak masuk then..cikgu tu perkenalkan ak..suka budak2 dpt guru baru katakan...diorang lg suka sebab tau yg ak akan replace kelas tu dari cikgu sorang lg yg cuti bersalin mengandung tu dtg next week...padahal cikgu tu gak kot yg akan masuk nanti kelas tue...cikgu tu garang dari ape yg diperkatakan oleh budak kelas tue..budak2 kealas tu xnk dgr ckp cikgu..boleh bermain2..same je lelaki n perempuan..malahan perempuan lg malas dari lelaki..ada yg lansung x tgok muka cikgu n x layan cikgu...mase tu ak kat belakang just bantu je cikgu ganti tu..x berani lah nk tinggikan suara aku...mse tue terfikir jugak..susahnya nk jadi cikgu ni ...then ak pon keluar lah kelas tu...azam baru...nk cari cara supaya dpt kawal kelas dgan baik..hheheh

Monday, May 9, 2011

hari pertama 9 mei 2011

hari nie merupakan hari pertama ak masuk sebagai seorang guru praktikum di salah sebuah sekolah di kuantan....bgun awal pg..xdalah awal sgt kol 6.45 a.m ..heheh..kiranya awal lah bagi ak yg selalu bgun lambat....then kalut nk g sekolah awal sebab 1st day ada perhimpunan kat sekolah...Alhamdulillah, kol 7.25 a.m ak selamat sampai ke sekolah tue..then terus naik ke pejabat tuk tulis name kehadiran ke sekolah tu....pastu terus lah p perhimpunan..segan jugak 1st time berada di hadapan orang ramai camtu...sampai tgok2....sikitnye cikgu2 lelaki...pastu kena berucap plok tuk perkenalkan diri...berdeabr jugak..bila tibe time ku berucap..baru je sebut name..budak2 dah gelak...pelik juga nape dia gelak...mungkin sebab sebab ayahku sama mcm name pelakon tu..ak juga sempat sebut yg bukan ank pelakon....the tamat lah perhimpunan hari tu..pastu trus p jumpa PK n pengetua....PK n pengetua kat situ semua baik2 semua....then, lepas jumpa diorang ak trus ke bilik guru dan berada di tempat guru2 praktikum yg senior...tapi satu meja 6 orang..compact gile...pastu adalah cikgu sorang tu..lupa lak name ape...ustazah kalu x silap..bawak kami ke meja kosong yg lain tapi penuh dgan buku2 kat situ...pastu kami pon kemas lah buku2 tu..susun elok..sebelum tu... mase lepak dgan guru praktikum yg senior tue..ak tergengar guru2 kat situ..kuat lak tu bercakap kepada seorang cikgu lelaki tu...dia ckp cikgu tu ad anak praktikum kat sekolah tu..aku dah pelik dah..rupanya name dia same dgan name ayahku..patutlah student gelak kat perhimpunan td..sebab time aku sebut name cikgu tue nk bgun...pastu aku trus lah lepak sampai abis waktu sekolah kol 2.40..sepatutnya da kelas relief pg td..tapi bila sampai je ke kelas tu dah ada cikgu..so selamat lah ak hari ini....waiting for today...what happen to me to day...wai n see...byeeee...

Sunday, May 8, 2011

40 nasihat Saidina Ali

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat didalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.

14. Insan terbahagi kepada 3 :

1. Mereka yang mengenal Allah.
2. Mereka yang mencari kebenaran.
3. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. (Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.)

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.

22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta.

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di ataskehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripadagolongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.

33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Saturday, May 7, 2011

hari pertama

agak nervous bila dah masuk hari pertama ke sekolah nie..perasaan excited bercampur berdebar2..bila2 lg tgok student dan guru2..hehhehe...hari jumaat hari tu saje je g lapor diri kat sekolah...sampai je kat sekolah tu..tgok pelajar tgah baca yasin...dan ada juga yg solat hajat...so, kena tgu lah abis diorang baca yasin n solat...lame jugak lh tgu dalam 30 minit...mase tgu tu, tgok lah sorang guru perempuan nie bawak buku RPH tebal gile..hehhe..dia nk p ajar PJ kat budak2...then bila dia pusing balik..ternampak logo upsi..rupanya guru praktikum jugak..hehhe..so, tgok lah dia dan budak2 yg bermain bola betul2 depan garaj kereta cikgu2 termasuk pengetua...boleh kena kereta bola tu..nasib lah x pecah...dalam fikiranku..lepas nie mesti aku kena ajar pjk...then. bila mereka dah habis berhimpun..ak pon naik lah ke pejabat...masuk dan beri salam ckp nk jumpa pengetua..then, ak jumpa JPK1 dulu.. berkenalan dgan dia n bagi surat lapor diri barulah aku dibawa jumpa Tuan pengetua...OK lah pengetua tu...then lepas berkenalan ak pon dibawa ke bilik guru untuk jumpa guru pembimbing..sebenarnya guru pembimbing tu xda lg..then lama juga menunngu dalam bilik guru bersama guru praktikal yg dah lama kat situ..ada lah dalam 7 orang...mmg penuh lah meja tu je..hehhehe..the aku dpt lah jugak jumpa guru tu dan aku trus di beri kelas...kelas 1 inovatif dan 2 proaktif...sebearnya kedu2 tu kelas belakang..tapi ak akan try sedaya upaya aku untuk buat yg terbaik...then...esok 9 mei bermulah latihanmengajarku di sekolah...hehhehe...to be continue

Saturday, April 16, 2011

lagu hari nie

Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Monday, April 11, 2011

12 April 2011

sudah sekian lama membiarkan blog ini menyepi..akhirnya...terbukak juga hati ini untuk mengEditnya..hehhehe...tgal lebih kurang 30 hari lg..diri ini akan bergelar Guru Pelatih..perasaan bercampur...suka, excited, takut semua ada..tapi ..diri ini harus menempuh semua itu dgan hati yg tabah...dengan Niat ingin Belajar untuk MENDIDIK ANAK BANGSA.....

Saturday, March 26, 2011

Thousands of youths have found their dream jobs here!

anda buntu mencari kerja....
boleh lah mencuba click link kat bawah nie..moga2 dpt kerja yg sesuai dgan jiwa anda....




http://jobscentral.com.my/main/jobseeker_says/?yssid=396356

win a free ipad when you register here

win a free ipad when you register here http://says.my/trytest/inti

kini rahsia misteri sudah terbongkar..hantu pocong dan hantu pontianak

rahsia misteri telah terbongkar http://says.my/trytest/harianmetro2

anyone who like to watch a korea drama.....click the link belom

http://says.my/trytest/astro-byond

Wednesday, March 9, 2011

Bila Waktu Telah Berakhir

Bila Waktu Tlah Berakhir
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

Wednesday, March 2, 2011

4.35 p.m

apelah nak jadi dgan ak hari nie..xleh nk tdo..nape erkk..padahal xda kela spon hari nie..dah berjam2 baring atas katil..tapi still xleh tdo..ptg td siap mkn ubat batuk lg...tapi x juga tdo...huhuhu..nk kata sebab perut lapar xdalah lapar sgt....pg td dah mkn dah....HARI NIE... 2 mac 2011..bermulalah diet ku..nak kuruskan badan katakan..kali nie mmg dah nekad dah..xda main2 lg..nk kena kuruskan badan dalam masa 1 bulan..boleh ke x agak2 lah..tapi sy rase boleh kot..cuma kena konsisten lah jaga mkn..kena mkn sket2 je..n mkn lauk pon...sayur je kot..biarlah classmate nk ckp ape pon..mmg kena kurus gak nie..sebb dah x daya dah nk bawak lemak byak2..tgok roomate ku yg semakin kurus walaupon baru 2 mgu dia diet..baru 2 mgu..kalu dah sebulam..mmg 25 lah...hahhaha..aku bukan nk kurus sgt..cukup 60 KG ok lah tue....sekrang nie 70 KG..boleh ke keruskan badan dalam masa 1 bulan 10 kg...i will try...wait and see jelah...

Wednesday, February 23, 2011

JGN NILAI SAHABAT SPRT KASUT BURUK

Kasut buruk...kadangkala bila terdesak ia amatlah diperlukan.
Bila tak ada kasut lain yang paling baik...kasut buruklah menjadi kawan yang paling rapat,... untuk menjaga tapak kaki,....
Walaupun diri dihina, jijik. namum kerana sayang nak d buang......
Kasut buruk sanggup berkorban.....
Tapi selepas itu. adakah ia akan di ambil tahu atau dipandang.....
Aku rasa tak...... paling tidak pun di campak kemana-mana saja......
Tapi tak akan di buang ke dalam tong sampah...... sebab bila terdesak ia akan diguna pakai semula......
Kasut buruk.......
Teman...sementara ketika hanya diperlu.......
Namun pernahkah kita memikirkan tentang diri kasut buruk atau perasaannya......
Selama mana ia pernah berkorban??. pernahkah kita hargai? tak pernah bukan?
Walaupun kasut buruk tak pernah meminta apa lagi meminta simpati,.......
Kerana itu bukan sikapnya......

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/182277_156691131052281_100001341841255_282627_2575632_n.jpg

Monday, February 7, 2011

bacalah

Berjalanlah di atas batas-batas KEBENARAN......
Meski pun ranjau dan duri...
Bisa tertusuk di telapak kaki.....
Namun TABAHkn Hati.....

Teruskan perjalanan itu....
Tanpa henti-henti....
Meski pun amat sukar....
Utk sampai ke Jalan Kebenaran.....
Jalan yg di REDHAI Tuhan.....
Kelak engkau kn rasai......
Manisnya Berada pd Jalan KEIMANAN.........

Sunday, February 6, 2011

muhasabah diri

Dalam kita melangkah…..
Terkadang kita diuji dengan ujian,
Yang terasa berat nya
hingga membuatkan kita rasa berputus asa
dan menangis..peritnya terasa,
tapi ketahuilah dan renungilah kembali dalam
Diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana
Dia mahu kita jahit kembali sejadah iman
Yang kian koyak lantaran ada langkah-langkah
yang tersasar daripada keikhlasan ..
Bersama memunasabah diri…

Sunday, January 30, 2011

testing2

~~LUKA SEMALAM~~

SEmalam aku kelukaan...

Kecewa kehampaan....

Mencalar ketabahan....

Mimpi yg sering ku harapkan.....

Menjadi kenyataan.....

Namun tak kesampaian.......

AllahuRabbbi......

Ingin ku hentikan langkah ini.....

Bagaikan tak mampu utk ku bertahan........

Semangat bagaikn tenggelam.....

Lemah tak berdaya......

Harus ku melawan.....

Namun aku PASRAH pd MU TUHAN....

Inilah ujian dr Mu utk meningkatkn KEIMANAN........ ieyra KT.....

taggal 30 JANUARI 2011

pada pukol 5.46 ptg..ikan guppyku melepaskan ank2nya...tapi x ramai sgt..dalm...15 ekor je..huhuh..tu pon ramai yg mati akibat ibu dan ayahnya mahu mkn anks sendiri....so,, terpaksalah aku asingkan mereka buat seketika..bukan untuk pisahkan kasih syg antara mereka..cuma waktu yg x sesuai..so, kena tgulah ank2 ikan tue besar dulu,,,esok sy terpaksa tinggalkan ikan2 tue semua selama smgu kerana cuti berhari raya...entah mcm manelah mereka nanti...tapi no hal lah...hidupnya...cuma kena letak batu2 sket biar dia mkn lumut...byee...

Saturday, January 29, 2011

Taubat Seorang Hamba

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


Hidupnya Insan

Hidupnya insan tiada yang abadi
Menunggu saat panggilan azali
Hilanglah nafas tak bergerak lagi
Tanah perkuburan kita bersemadi

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat ampuni kami (2X)

Mayat terbujur telah dikafan
Dibawa pergi sanak saudara
Di kubur tempat akhir pesanan
Tinggal di dalam gelap gelita

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat ampuni kami (2X)

Talqin dibaca ingatan diberi
Kepada semua yang hidup lagi
Jadikan tauladan kesedaran diri
Kubur yang sempit siksa sekali

Ya Tuhan Ya Allah Ya Rahmat ampuni kami (2X)



hayatilah lirik lagu keinsafan ini..kita hidup di dunia ini hanya lah sementara...selagi ada waktu...selagi itulah kita kena beribat kepada ALLAH...jika kita sudah tiada di Alam maya ini...kita tidak boleh lagi melakukanya...HIDUP HANYA SEKALI...Beribadatlah...jauhilah maksiat, tutuplah AURAT kita...x kira lekali mahupun perempuan....

Friday, January 21, 2011

The Breathtaking Sunrise at Broga Hill

My day started at 12.00am. I'm all ready to do some little exercise. We are headed to Semenyih, a town near Kajang which is roughly 1 hour and 30 mins away from Tanjong Malim.we are breakfast at Cupak in Tanjong malim. we started travel to Semenyih around 1:30 a.m and arrived at 4:00 a.m.wau...so excited to hiking... Arriving at the peak does really give you a different type of satisfaction than sitting down in front of the computer surfing the net and exploring some programs. It gave me a totally different perspective on what we value in life. Perhaps this i sthe first time im hiking the hill. I’m definitely looking forward at that.The entire journey up doesn’t really fascinate you with anything except you have to be vary of your surrounding and not to slip and fall down. If you have good stamina and frequently work out like me..hehehe.., this place wouldn’t take you more than 30 minutes to reach the top, on an average, it would be from 1 hour.but im reach on the first peak around 1 n half hour..becoz im waiting for my friend.i can't leave my friends becoz we go in a grou[.. Coming down the hill is definitely easier though as I can stress again, to be careful and not to slip. becoz i just use a sliper not shoes to hiking the hill.It’s even amazing that there is this many people are actually up there. And some were already at the top since 5.30 A.M. in the morning. It does sounds reasonably crazy, but being there early in the morning might enable to capture some cool moments. The wind is strong and cold right at that moment. And what I love the most is the beautiful sunrise I won’t see usually. The breathtaking of sunrise!

Sunday, January 16, 2011

time is now 2: 03 A.M

i'm waiting for someone...ermm...mane dia nie..dah lewat pon x balik lg...aku dah nk tdo nie..aku rase dia tgok bola nie...tue yg balik lambat kot..ish2...td dia x ckp pon nk tgok bola masa pinjam moto..dia just ckp nk main futsal je..esok kelas kol 10 pg..linear pogramming..masih blurr2 je subjek tue...sebab baru sekali masuk kelas..orang lain dah 5 kali...xpe2..sempat lg nie ...sambil2 aku duk tgu budak2 nie balik..aku nie tgah survey tajuk nk buat thesis..pening ma..x tau nk buat tajuk ape lah tesis nie..hope mimpilah tajuk yg sesuai n DR ROHAIDA( my supervisor) terima tajukku ini..owh..td p cek rawatan resdung tue kat bawah..Alhamdulillah..resdungku dah berkurang...nk buat rawatan pon mahal lah RM 60..x mampu gua...yuran sem nie pon x byr lg....nk kena save duit nie...mkn pon kena kurangkan nie..nk kuruskan badan sket..nk kena byk bersenam sket..heheh..nk kurus lah katakan..ALAMAK..refleksi gua belum buat lg..dah 4 kali kelas aku x buat lg nie..tapi jgan risau sebab sebenarnya aku dah buat draf..actually bukan draf lah..mmg dah refleksi dah..cuma nk kena adjust ayat..masa Lecturer duk asyik mengajar kat depan n masa budak2 nie present aku dah siap buat refleksi dah..cuman nk kena salin balik..nk salin skerang pon..ermm..buku x beli lg..esok lah beli buku..planning for tomorrow..esok pagi2 dalam 9 lebih nk bgun n nk p kampus ambik buku LP dulu..pastu ingt nk p beli buku refleksi tue..nk beli yg camne lah.ermm...tgok esok jelah..masa kat kedai tue pilih jelah mane yg sesuai...seingat aku lah..Dr xnak yg pendek2..nk yg panjang..aku akan cari yg panjang...tapi nipis lah..agak2 muat 14 kali 2 = 28 pages...ok lah tue...ada ke yg 28 pages..mcm xda je..xpelah..beli jelah yg mcm mane pon..asalkan esok dah nk kena beli...ish2..x balik lg..dah penat mengarang nie..sah diorang tgok bola nie....

Saturday, January 15, 2011

weekekd

today...15 of January 2011....i'm planning went to Kalumpang for "mandi manda" but my plannig was cancel..hehehe..but i have another planning to go to HOT SPRING at Sungai Kelah...i went to sungai kelah by my lovely motorcycle with 3 6 other friends..we arrived at hot srping around 12 p.m...ish2..sapa2..lapar lah plok..bedal dulu nasik walau xda lauk..then kami p mandi air panas..n air sejuk juga...lebih kurang 3 jam..penat mandi kami pon pulang..ehheheheheh..sebelum balik perkena air kelapa dulu..hehehhe...masa balik lalulah ikut highway...pergh..penat gile..sampai kol 5 lebih...nk p pasar mlm..sampai kat pasar mlm...jln sket baru pusing balik sebab hujan..then, balik lah kolej...balik tdo..heheh..solat dulu lah...ermm.today is a good day for me..i hope that the next day i will be happy...byeee

Thursday, January 13, 2011

pagi yg indah

dah pukol 2.03 minit pg..ish2..x tdo2 lg aku mlm nie...nasib esok xda kelas..tapi maybe nk jumpa lecturer untk tanya sal tajuk tesis nie..adusssss...pening juga....ermm.hidup nie x selalunya indah...kadang2 kita berada di ats n kadang kita di bawah...x semua apa yg kita nk kita dpt...tapi kita sebagai manusia..kena bersyukur dgan rezeki dari ALLAH...kalu kita fikir..lebih jauh org lain susah...nk mkn pon susah..pakaian pon xda yg baru..kita masih ada kan....mkn boleh..pkai boleh...so..bersyukurlah....

Wednesday, January 5, 2011

xleh tdooo

bersabar dengan ujina yang melanda...mlm nie xleh tdo lg..coz im already sleep after maghrib n then my friend invite me to play badminton..owh..it so tired...but i likes to play badminton..i want to maintain my body...heheh...becoz someone call me..mokkkk..ish2..i dont want...tetiba lak rase lapar mlm nie..owh patut lah..x kena nasik lg mlm nie...ermm..xkn nk masak nasik pagi2 camnie..ckp nak diet..no...SAY no to RICE...hehhehe...fighting2.....

Tuesday, January 4, 2011

Assalamualaikum

dah lame x update blog nie...hari nie tetiba je rase nak update....bosan kot...tu jelah nak ckp....