ABC

Sunday, February 28, 2010

petang yang dituruni hujan yg lebat

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat ilahi kerana diberikan nafas untuk terus hidup...petang nie sungguh damai rasa hati ini..hujan trun dengan lebatnya..membuatkan mata ini sungguh mengantuk..tapi nk tdo pon...alang2 dah nk asar..tgu asar dulu lah...hari ni sungguh penat bila daripada semalam lagi ada tournament antara budak2 matematik AT14 dan AT48..sungguh seronok bila program yg dibuat berjalan dgan lancar...walaupon x menang dalam pertandingan..yg penting,,,,pengajran daripada setiap aktiviti...nilah kali pertama saya tgok budak2 matematik bermain beramai...daripada porgram nie dapat lah satukan budak2 mate yg selama nie sepi je kat bilik...kenape budak2 mate nie x suka main erk???? majoriti lah...kenape mereka lebih suka berada di bilik...fikir2kan lah..saya rase semua orang tau jawpan tue...hehehe..tapi saya bukan orang yg mcm tue...saya x suka tgal di bilik je..saya kalu berada di bilik...saya buat assingment n Tdooooo je...saya pon x tau..tapi kebanyakkan kwn2 mate saya nie...semua suka duk kat bilik..main game lah..internet lah...x bosankah mereka...tapi mereka semua tetap kwn saya...saya xkan lupakn mereka..walaupun saya x boleh sentiasa bersama mereka selalu walupon dah d cuba berkali2 sejak semester satu..saya x boleh ikut ape yg mereka suka buat kerana saya rasa jiwa saya amat berbeza dgan mereka semua...walaupon kami 6 orang student matematik sem 4 berpecah belah dan buat hal masing2 kami semua tetap sahabat selama-lamanya........sekian

Thursday, February 25, 2010

mutiara kata

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
www.familiazam.com
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
www.familiazam.com
"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"
www.familiazam.com
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
www.familiazam.com
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"
www.familiazam.com
"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"
www.familiazam.com
"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"

"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"
www.familiazam.com
"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
www.familiazam.com
"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"
www.familiazam.com
"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"

"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"
www.familiazam.com
"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"
www.familiazam.com
"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"
www.familiazam.com
"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"
www.familiazam.com
"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"
www.familiazam.com
"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"
www.familiazam.com
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
www.familiazam.com
"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"
www.familiazam.com
"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"

Wednesday, February 24, 2010

x sabr nk habiskan mgu nih...

hari sudah tamat penderitaan kelas yang byak...esok ada satu lagi test kimia organik..harap bleh jawab semua soalan dengan baik....malam ni mestilah nk study organik rancang lah...entah lah study ke x tu x tau lagi...habis je test esok merdeka..tapi ada lagi assingment organik yg x buat lansung lagi nih....mlm ni lah cari bahan sikit lepas habs study...lepas siapkan assngment organik,,,nkk kena siapkan last lab report untuk kimia asas plok..lepas tu nk kena edit assingment EDU lagi nih...statistik lansung x cari lah soalan pasat year..dah2..xnak tangguh2 lagi kerje..nanti stress....chiyok2 sh mk...do the best

Tuesday, February 23, 2010

WANITA CIPTAAN ISTIMEWA

  • Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
  • Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
  • Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
  • Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain di atasi setelah dia masuk ke liang kubur.
  • Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
  • Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
  • Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
  • Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
  • Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.
  • Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
  • Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
  • Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
  • Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
  • Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
  • Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
  • Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
  • Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
  • Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
  • Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
  • Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
  • Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
  • Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
  • Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
  • Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
  • Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
  • Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
  • Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
  • Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
  • Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
  • Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
  • Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Monday, February 22, 2010

usaha itu tangga kejayaan

hari ini...23 feb 2010..hari yg agak malang pada diri ini...tapi hati ini tetap redha dgan dugaan yang melanda...pagi td ada 2 test statistik n numerical...statistik mcm bleh jawab..insyaALLAH dpt markah tgi..tapi numerical method...waaaaaaa....soalan senang..tetapi sebab diri in yg malas untuk study...bukan xlh jawab..tapi disebabkan tertinggal satu step..habis sampai bawah silap..nasib2 lah ada kwn baik yg tolong bagi jawapan....pastu ape lagi..copy n paste je jawapan tu...tapi jalan kira still silap sebab x sempat nk tukar..nak tukar tapi dah habis masa..hanya diri ini yg x hantar lagi td samapi dr tanya..sape sorang lagi yg x hantar ni..sape lagi diri ini yg malang lah....harap2 dapat lah markah yg tgi untuk backup carry mark sem ni......i love mathematics...

dugaan yang melanda

hari ini....22 feb 2010..hari yang amat penat buatku melakukan sesuatu perkara......assignment byak sgt2.....x tau nk mula yg mane dulu....mgu ni ada 3 test...x tau nk study yg mane dulu..besok ada 2 test mate...harap dpt jwb dgan elok lah...dpt full mark...x sabar dah nk habiskan mgu ni....

Thursday, February 18, 2010

morning

Pertama sekali ingin ana mengucap Alhamdulillah kerana Allah masih memberi ana nikmat IMAN dan ISLAM pada diri ini dan muslim serta muslimat semua...sudah lama saya tidak edit blog nie kerana boleh dikatakan busy la juga..tp ari nie ana berpeluang untuk saya meluangkan sedikit masa untuk blog ana nie...taggal 19/02/2010 ini...entah mcm mane lah tetiba je rase nk edit blog yang x brape nk indah ini.....disebabkan bosan kot..x tau nk buat ape..walaupon assingment berlambat2....nie baru balik ambik member kat pekan..eeeee...sejuk sgt2...kenapelah x bleh tahan sejuk...kurang lemak sekrang kot......saya tulis ni semua pon x tau lah sape yg nak bace...just tulis je luahkan perasaan..walaupon x mcm luahkan perasaan...sebab x tau mcm mane nk luahkan perasaan..main tulis ikut gerak hati je.....k lah setakat tu jelah nk tulis...dah mals nk menaip di pagi yg sejuk ini...sekian